Friday, December 25, 2009

Selamat menjalankan tugas...

2010 bakal menjelang tak lama lagi
Nak ucap tahniah kepada
NUR MUIEZAH MUHYDIN
yang akan menjalankan tugas
sebagai seorang guru....
Tapi nun jauh di negeri di bawah bayu...
Sedih jugak dia nak pergi jauh...
tapi nak buat macam mana,
dah itu yang dia nak..
Memang saja2 je minta posting ke sana...
Semoga dapat berkhidmat
dengan penuh dedikasi..
Jaga diri hiasi peribadi...
Kak Yong, Kak Ngah, Uda,
Bang Pis, Alang, Kakcik dan adik
serta Bonda tercinta akan sentiasa
mendoakan kesejahteraan dan kesihatan
Kakca di perantauan....

Nur Kasih : I Love U very Much....

Cuti yang membosankan...

Rasanya cuti hujung tahun 2009
amat membosankan...
tak ke mana...
duduk di rumah
melayan kerenah anak2...

Minggu lepas gempak sakan buat plan.
nak buat family day di Selangor
satu malam tidur di Putrajaya,
satu malam tidur di Shah Alam,
satu malam tidur di Klang
satu malam tidur di Subang...
Nak gi Low Yatt, gi Cerakah,
gi Alamanda PJ, gi mandi sungai kat Selangor,
dan banyak la tempat nak pegi...
At last saya tak dpt pergi...
Mak, Ajah sklrga, Man sklrga,
Alang, Kakca, Kakcik, adik
Oleh kerana saya tak dapat join
diaorg frust and tukar plan..
Lepas makan tgh hari hari Sabtu mereka
ke Tanjung Malim..
Berkelah d Sg Kalumpang,
dan bermalam di rumah Tanjung Malim.
Esoknya pagi2 lagi dah bertolak ke Cameron Highland...
Jelesnya tengok gambar2 diaorg di sana.
Ni kali kedua mereka ke sana
dalam tahun 2009.

Esok pulak Plan nak gi Melaka.
Shopping sambil berjalan2 dengan family.
Mak, Ajah sklrg, Apis sklrg, Alang,
Kakca, Kakcik, Adik serta Mak Cah dan Wana
ada sekali..
Man tak dapat join
coz adik ipar dia bertunang esok
Sekali lagi saya tak dapat tak sertai...
Ada je halangannya...
Bosan...Bosan....
Sedih pun ada jugak.....

Friday, December 11, 2009

Lemang dan tebu

Kisah ni berlaku semalam.
Saya bawa anak2 ke kedai
beli ikan dan sayur untuk lauk tengah hari...
Sekembalinya dari kedai,
sampai je di rumah,
auntie yang tinggal selang 2 rumah
dari rumah saya beri 4 batang tebu...
Dia hulur kat Nazhan,
Si A-in kata " Eh tu makanan gajah kan ibu?"
Farhana pula kata "Itu lemang ke tebu?"
Hani pula kata " Boleh makan ke?"
Lucunya...
Kesian anak-anakku..
baru kenal tebu...
dapat jugak mereka rasa tebu.
Dapatlah cerita kat dia orang
gula dibuat daripada tebu
serta proses nak buat gula...

Sunday, December 6, 2009

Sehari di Rompin

Pada 3 November 2009
Saya dan keluarga,
mak dan bapa mertua ke
Rompin Pahang kerana
ada urusan di sana.
Selepas semua urusan selesai,
lebih kurang pukul 11.30 pagi,
kami berehat di Pantai Hiburan
sambil menjamu selera dengan bekalan
yang dibawa.
Selepas selesai makan,
saya,suami dan anak2
berjalan2 sambil
menikmati keindahan pantai
Walaupun tengah hari,
tapi cuaca mendung..
Seronok bia tengok gelagat anak2.
Nazhan ajak adik2nya mengutip anak2 ketam.
Bila jumpa anak ketam, mereka menjerit kegembiraan.
Hani dan A-In pula cuba buat istana pasir.
Farhana pulak sibuk dengan buih sabun
tak payah susah2 tiup
kena kan angin keluarlah banyak bubble.
Yang siayah pula tak sudah2 berposing...

Friday, December 4, 2009

Happy Birthday


Selamat hari lahir
buat suami tersayang
MOHD MASRUL BIN ANUAR
semoga panjang umur, murah rezeki
dan menjadi suami yang soleh...
Alhamdulillah, bertambah usia setahun lagi.
Semoga lebih matang menempuhi ranjau kehidupan
dan tingkatkan amalan untuk bekalan
ke alam abadi....


TEMAN SEJATI

Selama ini
ku mencari-cari
teman yang sejati
buat menemani
perjuangan suci.

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
teman yang dicari
selama ini
telah kutemui

Dengannya di sisi
perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni
kasih ILLAHI.

KepadaMu ALLAH
Kupanjatkan doa
agar berkekalan
Kasih sayang kita..

Kepadamu Teman
kupohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
telah kuungkapkan
segala-galanya.

KepadaMu ALLAH
kupohon restu
agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
teruskan perjuangan,
pengorbanan dan kesetiaan
telah kuungkapkan
segala-galanya
itulah tandanya
kejujuran kita..