Wednesday, February 17, 2010

CERITA TENTANG HATI

Ada orang lembut hatinya,
mudah dipujuk bila merajuk.
Ada orang keras hatinya,
sama sekeras kepalanya.

Hati bila tercalar, cepat baiknya.
Tapi bila dah terluka,
memakan masa untuk sembuh.
Apa lagi kalau lukanya dalam...

Saat2 hati terluka,
dan tiada siapa untuk mendengar bicara
merupakan detik paling merumitkan.
Hanya insan2 tertentu sahaja
boleh dikongsi segala kisah
hati yang terluka,
tapi pada siapa...

Yang pasti,
DIAlah sahaja yang layak
mendengar segala luahan isi hati..
kerana DIAlah
yang akan menyembuhkan
segala kelukaan hati..

Ya ALLAH...
Indahnya hidup
bila hati sentiasa mengingatiMu,
Setiap detik hidupku
hanyalah keranaMu...
Berilah kelembutan hatiku
untuk terus mengabdikan
diri kepadaMU,
semoga hati ini akan setia
kepadaMu hingga ke akhir hayat...

Nur Kasih : Sedang berusaha untuk memaafkan insan2 yang telah melukai hati ini.

Lukisan Alam

Bangun pagi ni,
tak tau mood apa.
Tiba-tiba je lagu Hijjaz
yang bertajuk Lukisan Alam
terngiang2 di telinga.
Indahnya ciptaan ALLAH
menjadikan alam ini
penuh dengan warna-warni kehidupan.
Ada penghuni alam ini
sentiasa mengecap nikmat dunia,
ada yang seimbang antara keperluan hidup
di dunia dan bekalan ke akhirat,
ada yang derita hidupnya di dunia
dan ada juga yang kadang2 suka,
kadang2 duka....
Apa2 pun
sebenarnya kehidupan peru diteruskan...

LUKISAN ALAM
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Tuesday, February 2, 2010

Dia telah berubah....

Dalam kelas 4 Cerdik
ada seorang murid...
Namanya Ain.
Kalau sebut je nama dia,
satu SKCC tau...
Sebab dia suka sangat menangis
bila sampai sekolah...
Dari tahun 1 hinggalah sekarang...
Sebelum ni cikgu2 rasa dia ni
mesti tak siap homework.
bila sampai sekolah datanglah
sakit perutnya....
Guru kelas pulak satu hal...
Ada ke dia marah2..
Dia warning kat si Ain
"Esok kalau datang sekolah menangis,
cikgu letak awak kat perhimpunan,
biar satu sekolah tengok"
Tu yang pagi2 dia asyik menangis
tak nak masuk kelas...
Tapi mulai semalam,
Ain tak nangis lagi.
Mungkin kerana pada hari Jumaat lepas
Guru kelasnya lembut memujuknya,
gosok belakang dan usap kepalanya.
Setiap kali, bila terserempak dengannya
guru kelasnya akan bertanya,
"Ain nangis tak hari ni?"
dengan nada lembut.
Dia tersenyum dan menggeleng lantas
guru kelasnya akan memujinya
"Bagus Ain, cikgu sayang Ain"
He... He... taktik menjadi...
Harapan Guru kelasnya
agar Ain tak nangis lagi
sampai tahun 2012...
dan Ain akan menjadi
murid cemerlang...

Friday, January 22, 2010

Rindunya....

Malam-malam ni,
terasa rindu sangat.
Rindu pada mak,
Adik2, anak2 sedara,
dan semua insan-insan yang rapat
denganku...

Apa ek mak sedang buat dengan kakcik
di Batu Pahat.
Mesti sunyi dan sepi...
Muaz, Anaz dan Alya dah balik Jabong...

Di Putrajaya
apa la yang Angah buat dengan anak2 dia.
Sihat ke...
Tentu sibuk mengadap anak2 dia
buat homework...
Sebab tu la Fishah, Diyana & Dalila
pandai2...
Ibu dia rajin belajar coz nak bantu anak belajar...

Di Klang pulak,
Apis buat apa ye..
tentu sibuk melayan
Nasuha dan Ryan....
Suha, homework dah siap?

Di Subang pula,
tentu mak lang sedang masak.
Sebab sejak2 lepas kawin ni maklang
rajin sangat masak..
Ye la... Cita2 dia nak buka kedai makan kan..
Ni tengah mencuba le berbagai resepi...
Pak lang pulak sporting...
sentiasa memberi sokongan yang padu.

Di Tambunan Sabah pulak
Cik Izs mesti sedang melayari internet.
Sedang berfacebook dengan adik beradik dan kawan2.

Balik semula ke Batu Pahat.
Pak Uda mesti sibuk melayan
Muaz, Anas dan Alya
yang tak reti diam....

Dan adikku yang sorang lagi...
Pak Su di Segamat... pun sama la
macam Cik Izs..
Sejak duduk di rumah sewa,
selalu layari internet
Facebook dan YM je la...
Jangan lupa study dah la...

Ingat sangat kat Mak Cah di Seri Medan.
Buat Apa ye sekarang ni...

Satu je ucapan kat orang2 yang
tercatat namaya di atas...
I MISS U ALL SO MUCH,
I LOVE U ALL FOREVER AND EVER.

Bila la dapat berkumpul semula
macam hari raya 2009 yang lepas?

Ku Kembali....

Dah lama menyepi,
rindu rasanya nak update blog ni.
Bila cuti sibuk mengalahkan
orang besar2...
Pagi masak sarapan, mengemas, jemur baju.
Pastu masak untuk makan tengah hari.
Petang pulak ada tuisyen,
saja2 isi masa lapang bantu
mereka yang memerlukan bantuan.
Bila nak buka blog dah penat....
Tapi mulai hari ni,
saya berazam nak menulis setiap malam.
Insya Allah...