Tuesday, February 2, 2010

Dia telah berubah....

Dalam kelas 4 Cerdik
ada seorang murid...
Namanya Ain.
Kalau sebut je nama dia,
satu SKCC tau...
Sebab dia suka sangat menangis
bila sampai sekolah...
Dari tahun 1 hinggalah sekarang...
Sebelum ni cikgu2 rasa dia ni
mesti tak siap homework.
bila sampai sekolah datanglah
sakit perutnya....
Guru kelas pulak satu hal...
Ada ke dia marah2..
Dia warning kat si Ain
"Esok kalau datang sekolah menangis,
cikgu letak awak kat perhimpunan,
biar satu sekolah tengok"
Tu yang pagi2 dia asyik menangis
tak nak masuk kelas...
Tapi mulai semalam,
Ain tak nangis lagi.
Mungkin kerana pada hari Jumaat lepas
Guru kelasnya lembut memujuknya,
gosok belakang dan usap kepalanya.
Setiap kali, bila terserempak dengannya
guru kelasnya akan bertanya,
"Ain nangis tak hari ni?"
dengan nada lembut.
Dia tersenyum dan menggeleng lantas
guru kelasnya akan memujinya
"Bagus Ain, cikgu sayang Ain"
He... He... taktik menjadi...
Harapan Guru kelasnya
agar Ain tak nangis lagi
sampai tahun 2012...
dan Ain akan menjadi
murid cemerlang...

2 comments:

NUR FAIEZAH said...

rindu kt cikgu...cikgu nanti kim slm kat semua cikgu-cikgu ngan budak darjah 4,5ngan 6 tahun ni ckp kat diorang faiezah rindu gile nak buli diorang hehehe...

naznul said...

siapa lah...cikgu tu....ANYWAY rindu la kat sekolah 2...