Wednesday, February 17, 2010

CERITA TENTANG HATI

Ada orang lembut hatinya,
mudah dipujuk bila merajuk.
Ada orang keras hatinya,
sama sekeras kepalanya.

Hati bila tercalar, cepat baiknya.
Tapi bila dah terluka,
memakan masa untuk sembuh.
Apa lagi kalau lukanya dalam...

Saat2 hati terluka,
dan tiada siapa untuk mendengar bicara
merupakan detik paling merumitkan.
Hanya insan2 tertentu sahaja
boleh dikongsi segala kisah
hati yang terluka,
tapi pada siapa...

Yang pasti,
DIAlah sahaja yang layak
mendengar segala luahan isi hati..
kerana DIAlah
yang akan menyembuhkan
segala kelukaan hati..

Ya ALLAH...
Indahnya hidup
bila hati sentiasa mengingatiMu,
Setiap detik hidupku
hanyalah keranaMu...
Berilah kelembutan hatiku
untuk terus mengabdikan
diri kepadaMU,
semoga hati ini akan setia
kepadaMu hingga ke akhir hayat...

Nur Kasih : Sedang berusaha untuk memaafkan insan2 yang telah melukai hati ini.

0 comments: