Friday, October 30, 2009

Luahan hati untuk yang tersayang....

Diam tak diam
Sesi persekolahan 2009 tinggal 3 minggu je..
Bila ingatkan beban kerja yang banyak
tak sabar rasanya nak cuti...

Tapi bila ingatkan murid Tahun 6 Cerdik
Terasa sedih lak...
Ye la... Dah 4 tahun bersama,
dah rasa macam anak sendiri...
tiba2, 3 minggu lagi dah nak berpisah....

Dengan bilangan murid
seramai 34 orang,
dah cukup membuatkan
semua guru2
kadang2 makan hati
berulam jantung...
Apa taknya...
Macam2 keranah dan keletah mereka
Selalu gak guru kelas mereka
mengamuk dalam kelas...
Tapi tu dulu,
waktu mereka di tahun 4 dan 5...
Ye le... Mereka ni kan
Sentiasa "Happy go lucky"
Tak kiralah time exam ke tak exam ke..

Bila mereka nak ambil UPSR,
Cikgu2 yang kecut perut..
Mereka selamba je....
tu la sikap mereka sejak tahun3 lagi...

Yang uniknya,
ramai sangat anak manja dalam kelas ni,
Ada pulak cucu kesayangan atuk2,
Mula2 jaga mereka tak boleh
silap sikit,
Ada je yang datang sekolah, komplen....
Tapi...
ada gak parents yang
memberi kepercayaan sepenuhnya
pada guru2....
Masuk je tahap 2,
Tak de dah komplen2 ni...

Tiap2 tahun ada je family
yang jemput open house
tak kira time raya ke tak raya...
Pantang buat kenduri sikit,
Guru kelas tersenarai sebagai jemputan....

Bila dah Tahun 6,
Pertemuan bukan hanya di sekolah...
Ada la lebih kurang 25% yang datang rumah
konon2 nak belajo matematik...
Tu yg jadi lagi mesra dan manja...

Ainul, Syakirah, Faiezah,
Azeera,Adilla, Jannah,
Syahrifah, Eliesya,Rabiatul,
Bila dah dekat UPSR, tambah lagi dgn
Yeo Li Lu, Mas, An-Nur Fatihah, Nuraida..

Murid2 6Ck ni,
kalau suruh belaja maths
sehari suntuk pun ok je...
Tak pernah merungut....
Yang datang rumah tiap2 malam
pun ada coz nak buat
latihan maths dengan cikgu dia...

Nak sangat abadikan nama mereka dalam blog ni...
Aida Amani, Ainul Izzati, Amira Sofea, An-nur Fatihah,
Azeera Fazreena,Beverly Woon, Charlene Ester Tan,
Darseni, Gan Mee San, Kalvinah, Khirubashini, Krishnaveni,
Mas Muliana, N. Geetha, Nuraida, Nurfatin Shahira, Nursuriati,
Nursyakirah, Nurshazreen Shameera, Nur Adila,
Nur Eliesya, Nur Faiezah, Nur Farhah Amirah,
Nur Izazi Haziqah, Nur Wahidah, Nurul Rabiatul Adawiyah,
Priyadarshini, Rachel Chin Yi Qian, Siti Hajar,
Siti Nuruljannah, Syahrifah, Tay Pei Zei,
Tiffany Teoh,Yeo Li Lu..


Nur Kasih : Semoga mereka berjaya dimasa hadapan...

Tuesday, October 27, 2009

Kita buat tak kisah je....

Kadang2 bila sesorang tu
ada depan mata,
kita buat tak kisah je...

Tapi bila dia tak ada,
kita terasa sangat kehilangannya...

Kadang2 apa yang ada
dalam genggaman,
kita buat tak kisah je...

Tapi bila dah hilang,
baru terasa pentingnya...

Kadang2 setiap peluang
yang diberi,
kita buat tak kisah je....

Tapi bila peluang tertutup,
baru rasa terkilan....

So, mulai hari ni..
Apa yang kita ada,
hargailah...
Setiap peluang yang ada,
gunalah sebaik2nya....
Hidup akan bahagia, ceria dan sempurna....

Nurkasih : Be more appreciative, it makes peoples happy.

Ziarah 1....

Hari ni saya dan anak2,
Kak Mona serta Cikgu Supian
Kak Zaharah n suaminya
pergi menziarah En Ali..
Beliau diserang strok semasa
cuti perayaan Deepavali....
Merasa lah saya, anak2 dan Cikgu Supian
naik Ezora baru Kak Mona....
Kak Zaharah n Pak Hamid
naik keta waja mereka......

Sorang pun tak tau rumah Cg. Ali.
Kami main terjah je,
Tu pun, dah pusing2 satu Bukit Siput,
tanya kat orang ,
Akhirnya kami jumpa juga.....

Mmm... Kesian tgk Cg Ali.
Tp dia masih boleh bercakap, berjalan
dan taklah terlantar macam pesakit strok yg lain
Cuma keadaan beliau lemah je....

Harapan kami semoga
Cg Ali cepat sembuh dan sihat,
dan balik semula ke SKCC..


Nur Kasih : Ingat 5 sebelum datang 5 perkara

Ziarah....

Kak Ashraf seorang guru BI SK Kg Tengah
akan menunaikan ibadat haji.
Beliau akan bertolak pada hari Jumaat.
Tapi hari ni beliau dan suami akan berangkat ke KL..

Malam tadi Kak Mona call
ajak ke rumah Kak Ashraf..
Tade apa nak buat,
Saya, Kak Mona dan anak2nya pergi lah...

Tak sangka
kehadiran saya amat ditunggu2 oleh mak Kak Ashraf..
Dia ingin sangat nak jumpa...
Waa... rasa terharu sangat...

Sebenarnya
saya kenal Kal Ashraf pada tahun 2003,
Masa 2 kursus ETeMS,
Kami seolah2 ada instinct...
Bila tengok muka dia terasa macam ada satu pertalian..
Rupanya dia pun rasa macam tu...
Akhirnya, pada Syawal tahun lepas,
terjawablah segala2nya....
rupanya dia adalah sepupu anak2 maklong....

Bila dapat tau yang dia nak g haji,
terfikir, inilah masanya yang sesuai
nak berkenalan dengan lebih dekat..
Tu yang Kak Mona ajak pegi...
Kiranya Kak Mona ni orang tengahlah..
Kalau nak pegi sendiri, asyik tertangguh je...
Bukan apa, sebab malu sangat..

Kepada Kak Ashraf dan suami,
serta Tetamu ALLAH yang lain ,
Semoga selamat sampai ke Tanah Suci
Semoga sihat dan dapat menunaikan
ibadah haji dengan sempurna...
Dan semoga mendapat haji yang MABRUR...

Nurkasih : Tak sabar nak jadi Tetamu ALLAH..

Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Mgu ni mgu peperiksaan.
Bermakna anak2 akan menghadapi peperiksan akhir tahun
Nazhan di SK Bukit Hampar mula exam hari.
Farhana dan Farhani akan mula esok...
Farahin je yg takde exam coz umur baru 4 tahun...

Perasaan seorang ibu tak dpt nak digambarkan...
Bimbang, takut dan sedikit tension
So, dalam mgu ni emosi tak berapa stabil la...

Harapan seorang ibu
tentulah nak tengok result yang terbaik
dari anak2ya...

Anak2,
mmg ibu mengharapkan kejayaan
yang terbaik...
dengan usaha yang ditunjukkan
Insya Allah semua akan berjaya..
Jika tidak, ibu pasrah....

Tak lupa juga buat anak2 didikku.
Murid2 Thn 1 Ck, 4 Ck, 5 Ck dan 6 Ck
dan murid2 SKCC
Semoga kamu dapat menjawab dengan baik
dan memperolehi result yang baik...
Terutama subjek Maths la....

Tak lupa juga utk AlFishah dan Diana
di Putrajaya
Adik Radhi di UiTM Segamat
Ahlu Alsalaf Alsalih di USM Penang...
Semoga semuanya berjaya
Mendapat keputusan yang cemerlang....

YA ALLAH,
KURNIAKAN KEFAHAMAN
KE ATAS SETIAP ILMU
YANG TELAH ANAK2KU PELAJARI
PERMUDAHKANLAH UNTUK MEREKA
MELUAHKANNYA DI DALAM SETIAP
PEPERIKSAAN YANG AKAN DIAMBIL.
GANTIKANLAH
SUSAH KEPADA SENANG
DEBAR KEPADA TENANG
KEGAGALAN KEPADA KEJAYAAN....
SEMOGA MEREKA DAPAT
MEMBUAT YANG TERBAIK.
AMIN..

GOOD LUCK SEMUA....
SEMOGA KECEMERLANGAN
SENTIASA DALAM GENGGAMAN.

Nur Kasih : Seronok bertugas di mgu peperiksaan...

Sunday, October 25, 2009

Hidup....

Alhamdulillah...
Hari ni masih diberi kesempatan
untuk meneruskan hidup...
Itu tandanya ALLAH
memberi masa dan peluang untuk
bertaubat dan tambahkan amalan
untuk bekalan ke alam barzakh...
Ingatlah wahai diri...
Mati akan datang bila2 masa je..
tak kira masa, tempat atau keadaan kita.
Bila sampai janji ALLAH..
Pergi lah kita....
tinggalkan semua..


Alfatihah untuk
Arwah abah
Nenek2, atuk2, moyang2,
muslimin muslimat..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

NurKasih: Yang pergi takkan kembali lagi....

Friday, October 23, 2009

Bicara Soal Hati..

Hati..
Kenapa mudah tersentuh?
Tak boleh orang buat silap sikit
Mudah sangat terasa.
Mudah sangat kecik hati...

Hati...
Kenapa keras sangat?
Kenapa sukar memaafkan orang yang
dah buat kita kecik hati?
Tak ke terfikir
Kadang kala orang tu tak sengaja
Mungkin dia hanya bergurau..
Faham lah sikit ttg orang lain....

Hati...
Kenapa terlalu kecewa?
Kecewa apabila melihat orang2 tersayang
mula melakukan perkara2 yg kita tak suka...
Kecewa bila dia menjadi bahan cerita...
Kecewa bila dia tak jujur...
Kecewa bila diri tidak dihargai...

Hati..
Kenapa terlalu gembira?
Gembira kerana ada yang memahami..
Gembira kerana insan2 tersayang
menceriakan kita..
Gembira kerana mereka gembira...

Hati...
Tak ada orang lain yang boleh jaga hati kita...
Jagalah sendiri..
Kuat la sikit...
Jangan mudah tersentuh,
Jangan mudah kecewa
Jangan keras sangat....

Hati..
bila terlalu bersih,
Pandangannya kan menembusi hijab.
Hati...
kalau sudah bersih,
Firasatnya tepat kehendak ALLAH.
Hati...
Bila dikotori,
Bisikannya bukan lagi kebenaran.

NurKasih: The best and beautiful things in the world cannot be seen, nor touch....But are felt in the heart.

Hari-hari terakhir Aidil Fitri

Hari raya dah habis.
Tapi banyak kenangan manis.
Yang paling manis = 16 Oktober 2009,
Kuterima kunjungan daripada insan2 teristimewa..
Murid-murid Tahun 6...
Kuih raya dah tinggal sikit,
so kelam kabut la masak..
Menu?? Simple je..
Mee hoon Singapore...Itu je stok yang ada...
Sebenarnya, mula 15 Oktober hingga 18 Oktober ada open house.
Tu yg tak beli lg stok makanan ....

Walaupun ptg tu nak pegi open house
kat rumah Kak Mona.
Tapi tak apa la, malam pun boleh pgi.

Mmg meriah la hari tu.
Walaupun yang datang cuma 8 orang je..
tapi rasa macam semua ada.

Dalam ramai2 murid yang datang,
Faiezah la yang paling rajin...
Dari mula2 nak masak, proses menghidang sampai
bab basuh pinggan dia tolong....
Syahrifah tolong jgak basuh pinggan.

Ainul ??? He...He...
Dia tolong goreng keropok.
Walaupun sdg goreng keropok, aksi manjanya tetap ada....
Rabiatul, Azeera, Amira Sofea, Eliesya, Fatin dan Syakirah
ada la tolong sikit2.
Kebanyakannya tolong buat kecoh je....
Kiranya mereka ni semua ringan tulang lah..

Apa pun mereka memang best..
Thanks kerana telah menceriakan hari cikgu....


Inilah wajah2 cute dan ceria mereka
Dari kiri :Syahrifah,Azeera Fazreena, Nurul Rabiatul Adawiyah, Amira Sofea, Nur Eliesya
Depan: Nur Faiezah, Ainul Izzati,Nur Syakirah, Nurfatin Shahira

Love U All Forever and Ever

Nur Kasih: Semoga mereka akan menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.

Thursday, October 22, 2009

Banyaknya kerja....

Wa... terasa hilang penat dan letih
bila semua kerja dah selesai...
Dalam seminggu dua ni terasa agak sedikit
tertekan dengan urusan murid2 tahun 6.
Bermula dengan permohonan secara online ke
asrama penuh, sekolah kawalan, RK dan KAA,
sambung pulak dgn permohonan ke tingkatan 1.
Hari2 asyik mengadap laptop.
Harap2 tak de masalah ya akan timbul kemudian.....

Dlm kepala ni ada 2 " projek" besar yang penting
1st - siapkan soalan akhir thn: Matematik Th.6 (paper 1 n 2)
2nd - settlekan urusan SPBT sblm pungut dan edarkan buku utk thn 2010.

5 November nak kena g kursus Pengurusan SPBT di SMK Seri Kenangan.
Sampai petang pulak tu. Seronok ke Boring ye?
Dah plan nak g dgan Kak Tini.
Lama tak jumpa Kak Tini... Rindunya... Rindukan lawak2 dia....
Dengar cite dia nak pindah ke Batu Pahat ikut suami. Wa.... Nak ikut!

Tesis???
Mmm...Ni satu lagi kerja yang tak siap2.
Bila nak siap ek?
Berangan la pulak nak ajak Pn. Norlis konvo sama2..

Bila anak2 exam pun rasa tension gak.( dia org relex je...)
Minggu ni mereka periksa sekolah agama.
Minggu depan pulak sekolah kebangsaan.
Ops... yang tadika pun ada exam jugak...
Semoga anak2 ibu berjaya mendapat kejayaan CEMERLANG.

Dah azan Maghrib....
Next time sambung lagi.

Nur kasih: Sometimes, bila bz sangat, lupa segala masalah


Salam Perkenalan....

Asmanira
Bahagianya hidup ini apabila mengenalinya.
Walaupun baru sebulan kenal
Tetapi hubungan kami rapat..
Semoga persahabatan ini akan kekal selama-lamanya..
Tak pernah berjumpa.
Sms, telefon dan email penyambung ikatan,
Harapan agar dapat bertemu dengannya
Tapi tak tau bila.....

Wednesday, October 21, 2009

Idolaku....


Ini gambarku dengan Kak Wati.
Dialah orang yang banyak memberi perangsang
dan bimbingan kepadaku untuk membina blog ini.
Thanks kak atas sokongan yang diberikan...
Semoga kita sama2 dapat berkongsi kisah hidup
serta pengalaman pahit dan manis..


Love U Always

Nur Kasih: Peminat setia Pena Kasih


Sunday, October 11, 2009

Impian Terlaksana...

Alhamdulillah, hajat hati ingin memiliki blog sendiri akhirnya tercapai.

Terima kasih banyak2 kepada adik-adikku Faiezah, Muiezah dan Man yang membantu
mencipta "Nur Kasih" ini.
Buat suami tercinta, Mohd Masrul bin Anuar, serta anak2 tersayang, Nazhan, Ili, Izah dan Ilya, kalianlah yang memberi semangat dan inspirasi
kepadaku untuk memeriahkan blog ini. Semoga Nur KasihNya akan sentiasa melimpah kepada keluarga kita.
Terima kasih juga kepada Kak Wati dan Kak Timah yang sentiasa memberi galakan untuk membina blog ini.
Akhir sekali buat anak-anak didikku yang sentiasa menceriakan hidupku di sekolah....

Semoga dengan adanya blog ini, ukhuwah antara kita akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat....

I LOVE U ALL FOREVER