Tuesday, October 27, 2009

Ziarah....

Kak Ashraf seorang guru BI SK Kg Tengah
akan menunaikan ibadat haji.
Beliau akan bertolak pada hari Jumaat.
Tapi hari ni beliau dan suami akan berangkat ke KL..

Malam tadi Kak Mona call
ajak ke rumah Kak Ashraf..
Tade apa nak buat,
Saya, Kak Mona dan anak2nya pergi lah...

Tak sangka
kehadiran saya amat ditunggu2 oleh mak Kak Ashraf..
Dia ingin sangat nak jumpa...
Waa... rasa terharu sangat...

Sebenarnya
saya kenal Kal Ashraf pada tahun 2003,
Masa 2 kursus ETeMS,
Kami seolah2 ada instinct...
Bila tengok muka dia terasa macam ada satu pertalian..
Rupanya dia pun rasa macam tu...
Akhirnya, pada Syawal tahun lepas,
terjawablah segala2nya....
rupanya dia adalah sepupu anak2 maklong....

Bila dapat tau yang dia nak g haji,
terfikir, inilah masanya yang sesuai
nak berkenalan dengan lebih dekat..
Tu yang Kak Mona ajak pegi...
Kiranya Kak Mona ni orang tengahlah..
Kalau nak pegi sendiri, asyik tertangguh je...
Bukan apa, sebab malu sangat..

Kepada Kak Ashraf dan suami,
serta Tetamu ALLAH yang lain ,
Semoga selamat sampai ke Tanah Suci
Semoga sihat dan dapat menunaikan
ibadah haji dengan sempurna...
Dan semoga mendapat haji yang MABRUR...

Nurkasih : Tak sabar nak jadi Tetamu ALLAH..

0 comments: