Friday, October 23, 2009

Hari-hari terakhir Aidil Fitri

Hari raya dah habis.
Tapi banyak kenangan manis.
Yang paling manis = 16 Oktober 2009,
Kuterima kunjungan daripada insan2 teristimewa..
Murid-murid Tahun 6...
Kuih raya dah tinggal sikit,
so kelam kabut la masak..
Menu?? Simple je..
Mee hoon Singapore...Itu je stok yang ada...
Sebenarnya, mula 15 Oktober hingga 18 Oktober ada open house.
Tu yg tak beli lg stok makanan ....

Walaupun ptg tu nak pegi open house
kat rumah Kak Mona.
Tapi tak apa la, malam pun boleh pgi.

Mmg meriah la hari tu.
Walaupun yang datang cuma 8 orang je..
tapi rasa macam semua ada.

Dalam ramai2 murid yang datang,
Faiezah la yang paling rajin...
Dari mula2 nak masak, proses menghidang sampai
bab basuh pinggan dia tolong....
Syahrifah tolong jgak basuh pinggan.

Ainul ??? He...He...
Dia tolong goreng keropok.
Walaupun sdg goreng keropok, aksi manjanya tetap ada....
Rabiatul, Azeera, Amira Sofea, Eliesya, Fatin dan Syakirah
ada la tolong sikit2.
Kebanyakannya tolong buat kecoh je....
Kiranya mereka ni semua ringan tulang lah..

Apa pun mereka memang best..
Thanks kerana telah menceriakan hari cikgu....


Inilah wajah2 cute dan ceria mereka
Dari kiri :Syahrifah,Azeera Fazreena, Nurul Rabiatul Adawiyah, Amira Sofea, Nur Eliesya
Depan: Nur Faiezah, Ainul Izzati,Nur Syakirah, Nurfatin Shahira

Love U All Forever and Ever

Nur Kasih: Semoga mereka akan menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat.

1 comments:

Anonymous said...

cikgu janganla puji lebih2 malu sy huhuhu...