Sunday, December 6, 2009

Sehari di Rompin

Pada 3 November 2009
Saya dan keluarga,
mak dan bapa mertua ke
Rompin Pahang kerana
ada urusan di sana.
Selepas semua urusan selesai,
lebih kurang pukul 11.30 pagi,
kami berehat di Pantai Hiburan
sambil menjamu selera dengan bekalan
yang dibawa.
Selepas selesai makan,
saya,suami dan anak2
berjalan2 sambil
menikmati keindahan pantai
Walaupun tengah hari,
tapi cuaca mendung..
Seronok bia tengok gelagat anak2.
Nazhan ajak adik2nya mengutip anak2 ketam.
Bila jumpa anak ketam, mereka menjerit kegembiraan.
Hani dan A-In pula cuba buat istana pasir.
Farhana pulak sibuk dengan buih sabun
tak payah susah2 tiup
kena kan angin keluarlah banyak bubble.
Yang siayah pula tak sudah2 berposing...

0 comments: