Hari ni badan rasa tak sihat.
Smlm pergi 3 rumah orang kahwin.
Rumah pertama dan kedua makan nasi minyak
dan rumah ketiga makan nasi putih....
Seleranya makan lauk kampung....
tapi makan sikit je.. tak larat nak makan banyak..
Ptg tadi dah mula tuisyen
dgn murid UPSR 2010..
Puteri, Alia, Aina, Fatihan dan Azimah.
Seronok sangat
Mereka dapat apa yang diajar....
Tapi siap le......
Suara cikgu dia,
sekejap kuat, sekejap pelan...
Calon UPSR 2010 tak ramai,
Cuma 24 orang je...
Itu pun kalau Puteri tak pindah.
Kalau Puteri pindah tinggal
23 orang je..
Keputusannya 15 Disember ni.
Harap2 dia tak jadi pindah.
Kalau tak kurang sorang calon 5A..
Tahun 2010
target 100% untuk semua matapelajaran.
Tu yang takut sikit..
Takut klu subjek lain 100% tp maths tak dapat.
Sorang murid gagal turun la % maths...
Uuhhhh! tak nak...
Monday, November 30, 2009
Catatan Hari ini....
Posted by Nur Kasih at 8:21 PM 1 comments
Friday, November 27, 2009
Dua Sahabat
Dua shabat yang bertemu ketika belajar di Taski Ar Raudhah.
Darjah 1, kelas yang sama di SKCC.
Mempunyai perwatakan yang berbeza tapi serasi.
Sama-sama bersaing secara sihat untuk mendapat kedudukan
yang terbaik di dalam kelas.
Di bawah ni gambar2 Ili dan Puteri
bersama Abigail semasa hari Anugerah Kecemerlangan SKCC.
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Posted by Nur Kasih at 12:02 PM 2 comments
Saturday, November 21, 2009
Minggu Akhir Persekolahan
16 hingga 20 November 2009
merupakan minggu terakhir perseolahan.
Minggu ni memang sibuk sangat
dengan persiapan Hari Anugerah,
Jamuan Tahun 6 dan
mengemaskini fail,
Sijil berhenti sekolah utk murid Th. 6
dan keputusan UPSR 2009.
Dah lama tak update blog...
So, kat bawah ni dituliskan
aktiviti sepanjang minggu tersebut....
16 November 2009
Hari ni cuma ada raptai hari anugerah.
Raptai ni diadakan agar majlis berjalan dengan
lancar, tiada sebarang masalah yang akan timbul nanti.
Banyak komen2 dari guru2 yang
berpengalaman menjadikan majlis tersebut meriah...
17 November 2009
Setelah penambahbaikan dibuat,
sekali lagi raptai dijalankan.
Kali ini diadakan dengan disaksikan
oleh Puan Guru Besar.
Banyak juga komen2yang diberikan....
Selepas rehat pula,
Jamuan murid2 Tahun 6
Semua guru hadir meraikannya...
Mewah sungguh coz banyak sponsor,
Cikgu Fatimah sumbang RM50,
500 cucuk sate yang mana 200 cucuk
disponsor oleh mak Syakirah,
Mee goreng dan salad buah2an
mak Syahrifah sponsor,
Air dan puding guru kelas sponsor,
Puding jagung mak Aida Amani sponsor,
Ayam goreng ayah Eliesya sponsor....
Seronok dan meriah....
Thanks Kak Wati sbb tlg buat persiapan.
18 November 2009
Hari berlangsungnya
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...
Tahniah kepada yang berjaya
Esply kepada puteri saya,
Ili Hanis Farhana bt Mohd Masrul
yang menerima hadiah
Pelajar cemerlang Tahun 1,
Hadiah mata pelajaran
Bahasa Melayu Pemahaman, Penulisan,
Mathematics dan Agama...
Tahniah juga buat Gan Mee San
atas kejayaan menjadi Tokoh Murid SKCC 2009
dan Tiffany Teoh Xin Xian sebagai
Murid cemerlang Ko Kurikulum 2009.
19 Oktober 2009
Hari yang mendebarkan..
Keputusan UPSR diumumkan.
Tahniah kepada semua guru kerana
kejayaan yang dicapai.
Peratus sekolah meningkat....
Begitu juga mata pelajaran...
Tahniah kepada 3 orang murid yang mendapat 5A
iaitu Gan Mee San, Rachel Chin Yi Qian dan
Tay Pei Zei...
Khirubashini dan Tiffany 4A1B.
Nur Farhah Amrah Hisham,
Nur Izazi Haziqah Zawawi,
Azeera Fazreena Aminuddin,
Nur Syakirah Saharizan,
Beverly Woon Ching Wern
dengan keputusan 3A2B....
20 November 2009
Hari Jumaat yang meletihkan...
Sibuk menguruskan murid tahun 6
yang akan ke sekolah menengah,
dan mengemaskan bilik guru...
Buat persiapan banjir
dan mengemas kelas
Bila loceng balik berbunyi
Perpisahan pun menjelma
Wa..................... sedihnya....
Nur Kasih : Dalam cuti macam2 perkara nak dibuat....
Posted by Nur Kasih at 5:33 PM 2 comments
Tuesday, November 17, 2009
Good Luck...
GOOD LUCK
kepada semua pelajar2
Tingkatan 5 yang akan menduduki
peperiksaan SPM 2009 esok....
Especially buat 2 orang sepupu
Muhamad Arif bin Mehat dan
Mohd. Iqbal Hanif bin Roslan
Semoga kejayaan dalam genggaman
Tak lupa juga buat murid2 SKCC
Sesi 1999 hingga 2004..
Fatin Nadia Ahmad Kamil
Nur Atiqah Syahirah bt Sabri
Norhidayah Mohd Shafie
Si kembar Nurul Adilah dan Nurul Aqidah bt Ruslan
Najiha Bahari
Nurul Rasanah Rosdi
Marina Shamsudin
Asharani a/p Sinnaiha
Wong Pei Ying
Gayathiri a/p Ramloo
Shalini a/p Mathialakan
Mary Chan Lei Wah
Chan Mei King
Dan ramai lagi
tak ingat nama....
Harap2 mereka berjaya dengan cemerlang...
Nur Kasih : Mereka tetap di hati
Posted by Nur Kasih at 3:11 PM 0 comments
Saturday, November 14, 2009
Majlis Konvokesyen Tadika Ar Raudhah Segamat
Hari ni pagi2 lagi dah
berkumpul di Dewan Serbaguna Segamat
Untuk meraikan graduan kecil
Pelajar 6 Tahun Tadika Ar Raudhah Daerah Segamat
Majlis tersebut sungguh meriah....
Selepas bacaan doa
Ucapan daripada YDP ABIM daerah Segamat
dan diikuti dengan perasmian oleh
dihidangkan dengan persembahan anak2 kecil
dari 6 buah Taski daerah Segamat
Seronok bila tengok Hani di pentas
Dia bercerita tentang cita-citanya
menjadi seorang doktor...
Bimbang jg dia gemuruh
bila tengok ramai orang di dewan
takut tak terkeluar suaranya....
Tp ok la...
Dia boleh bercerita dengan
berani, berkeyakinan dan bergaya....
cutenya bila dia di atas pentas
dengan pakaian doktor....
Selepas penyampaian sijil
majlis diakhiri dengan alunan
bacaan Asmaul Husna oleh
Pelajar2 Taski dan tetamu di dewan...
Kemudian makan tengah hari
dan bersurai.....
Tengok la gambar2 Hani kat bawah ni:
Sedang bercerita tentang cita-citanya.
Posted by Nur Kasih at 9:15 PM 0 comments
Friday, November 13, 2009
Cerianya...
Berakhirnya sesi persekolahan hari ni
bermakna tinggal 5 hari lagi
masa untuk bersama2 murid2 tahun 6...
Wa... cepatnya masa berlalu...
diam tak diam mereka
dah nak naik sekolah menengah....
Hari ni memang menceriakan..
Memang saya habiskan masa bersama mereka
Tapi bukan saja2...
Mereka membantu saya
menguruskan SPBT...
Tak kira pembantu SPBT ke bukan
mereka menjalankan tugas yang diberikan
dengan sukarela...
Janji dapat bersama2 di saat akhir...
Nur Kasih : Mereka terlalu istimewa...
Posted by Nur Kasih at 6:01 PM
Guru, murid dan ...
Kenapa murid tu malas..
kenapa murid tu tak siap kerja....
kenapa murid tu tak suka belajar....
kenapa murid tu tak dengar kata....
kenapa murid tu nakal...
kenapa murid tu selalu tak datang sekolah....
kenapa murid tu tak lulus periksa....
Semua masalah di atas perlu dikaji
kenapa... kenapa... kenapa...
Kadang-kadang cikgu tak tahu...
Murid tu nak sangat belajar..
tapi banyak kekangan yang dihadapi...
Mungkin murid tu nak sangat pergi sekolah
tapi nak pergi macam mana...
tak de sape nak hantar dan jemput
tak de sape nak tolong mak jaga adik
tak de nak bimbing buat kerja sekolah...
tak de sape nak bagi motivasi....
Ada juga yang mempunyai masalah kesihatan.
Jadi seorang guru
perlu faham setiap anak muridnya...
Perlu lebih prihatin pada anak muridnya...
Perlu lebih bijak menangani
masalah anak muridnya....
Tapi hakikatnya,
Guru hanya mampu melakukan
apa yang terdaya,
selebihnya sokongan insan2 di sekeliling
akan membantu kejayaan anak muridnya
Nur Kasih : Cikgu gembira bila murid dapat apa yang diajar.
Posted by Nur Kasih at 12:14 AM
Thursday, November 12, 2009
Tahniah.....
Sekalung tahniah buat
Muhammad Nazhan Bin Mohd. Masrul
Ili Hanis Farhana Bt Mohd. Masrul
Nur Fatihah Alfishah Bt Shobri
Nur Diyana Kamilah Bt Shobri
Kerana kejayaan dalam
Peperiksaan Akhir Tahun 2009.
Semoga Tahun 2010
Kalian akan mencapai kajayaan
yang lebih Cemerlang...
Tahniah juga buat
Izah Hanis Farhani Bt Mohd. Masrul
yang telah menang tempat kedua
Mengeja hari dalam bahasa Inggeris
dan bacaan dalam solat serta
hadiah kecemrlangan Qiraati peringkat tadika.
Ilya Hanis Farahin Bt Mohd Masrul
juga menang tempat kedua
Pertandingan membaca doa
dan mengcam huruf peringkat tadika....
Tahniah... Tahniah... Tahniah...
Posted by Nur Kasih at 5:46 PM
Rindu, Risau dan Rimas....
Petang2
terasa rindu sangat..
Rindu pada keletah murid2 6CK..
Dalam minggu ni
sibuk sangat...
Sibuk dengan Kem 1 Malaysia
dan juga urusan SPBT...
So, masa untuk mereka terhad...
Risau
kerana lagi beberapa hari
keputusan UPSR 2009
akan diumumkan...
Macam mana la
pencapaian murid2 6 CK?
Macam mana la
result Maths???
Rimas
bila hari ni
dapat surat kena attend meeting
di JB pada hari Rabu depan...
Bukan apa,
minggu akhir ni
kritikal sangat...
Mana nak uruskan SPBT,
jamuan tahun 6,
Keputusan UPSR,
Sijil berhenti sekolah,
dan yang penting TESIS
yang nak dihantar
sebelum 21 November
Macam2 rasa,
nak demam,
Migarin jangan cakap la...
Confirm kena punya....
Emosi pulak tak stabil...
Sensitif sangat..
Mudah nak marah,
Mudah nak merajuk,
Mudah nak menangis.
Nur Kasih : Belajar kawal Emosi
Posted by Nur Kasih at 3:48 PM
Wednesday, November 11, 2009
Kem Membaca 1 Malaysia
Minggu ni ada Kem Membaca 1 Malaysia
So, murid2 ada aktiviti setiap hari..
Cikgu2 tak masuk kelas mengajar
Coz jalankan setiap aktiviti yang dirancang...
Kem ni bermula pd hari Isnin
Pelancaran oleh Guru Besar dan
diikuti dengan aktiviti membaca buku
Semua murid duduk dalam dewan dan membaca...
Termasuk cikgu2 yang bertugas di dewan
pun kena membaca.
Selepas rehat pula
ada pertandingan mencipta kulit buku..
Hari kedua seronok juga
Pertandingan suku akhir 'Spell It Right'
Semua murid diuji untuk mencari peserta
ke peringkat separuh akhir
dan seterusnya ke peringkat akhir...
Selepas rehat diadakan
Pertandingan Membuat layang2.
Dan 1 jam sebelum balik,
Murid2 bermain layang.
Ni yang paling seronok
bila tengok mecam2 jenis layang2
terbang di ruang udara sekolah..
Ada juga layang2 yang tak naik langsung... he..he..
Hari ni hari ketiga,
Aktiviti hari ni pun best juga.
Bagi murid2 Tahap 1
mereka sekadar menonton movie yang ditayangkan.
Tapi bagi murid tahap 2
mereka menjalankan aktiviti 'Jejak Maklumat'
Selepas rehat
ada pertandingan akhir'Spell It Right'
Dan diikuti dengan aktiviti
'From Waste to Paste'
Setiap kumpulan ada seorang guru yang
menjadi mentor..
Hari esok ada sukaneka..
Tentu murid2 lebih seronok..
Tunggu dan lihat
Cuma harap2 esok tak hujan....
Nur Kasih : Rindu pada murid2 6 Cerdik
Posted by Nur Kasih at 6:18 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
Penyungguhan Kendiri
Maklumat yang boleh dikongsi bersama dapatan dari kursus semalam...
- RASA BERSALAH BILA TIDAK BEKERJA
- RASA KEKURANGAN BILA TIDAK MENYUMBANG
- RASA RUGI BILA TIDAK MEMBUAT KERJA BERSAMA @ MEMBAZIR
- RASA KESAL BILA TAK BERJAYA @ TIDAK MENYELESAIKAN KERJA
- RASA BERDOSA BILA TIDAK BERKHIDMAT DENGAN TEKUN & AMANAH PADA TANGGUNGJAWAB
Nur Kasih : Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
Posted by Nur Kasih at 4:12 PM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
Sehari di SMK Seri Kenangan..
Kursus Pengurusan SPBT Peringkat Negeri Johor
Itulah kursus yang saya hadiri hari ini.
Seblm ni, dah dua tahun berturut2
saya hadiri kursus yang sama.
Tahun ni rasa malas nak pergi...
Sayang nak tinggalkan budak2 Thn 6 Cerdik
Tinggal beberapa hari je
dengan mereka...
Tapi saya yang menurut perintah
Terpaksalah pergi...
Antara kekuatan lain nak gi kursus 2 ialah
Nak jumpa kawan2 SPBT yang dah lama tak jumpa,
Wa dah lain niat tu....
Mmmm... Harap2 kursus tahun ni
ada kelainan sikit..
Coz kat surat ada tulis
Bengkel Pengurusan Fail..
Hari ni g kursus bawa
fail putih, tali hijau, penebuk lubang,
marker pen 70 dan ball pen biru, merah dan hitam.
Macam yang dicita2kan,
saya ke sana dengan Kak Tini..
Seronok sangat walaupun hari ni kursus
paling lama yang pernah dihadiri..
Kalau ikut surat 8:00 pagi hga 4:30 ptg..
tapi berlanjutan hga 5:00 ptg..
banyak gak info2 yang didapati..
terutama dalam
sitem pengurusan fail,
pengisian buku stok SPBT dan
pelupusan buku teks....
Mula2 sampai kami
dihidangkan dengan sarapan pagi.
Slot 1 bermula jam 9:00 pagi..
Lewat sikit coz penceramah2
yang dtg dr JB, Kulai dan BP
terlepas hingga ke SMK Bt Anam...
Nak cite pasal penceramah 1,
Penyelia HEM Batu Pahat.
Rasa2nya beliau adalah suami kepada
kawan lama, tapi tapi dah lama tak dgr khabar berita.
Nak tanya segan....
Dlm mgu ni nak cuba
contact Kak Shima di SK Bagan...
Rindu sangat kat akak...
Slot 2 cite ttg pelupusan.
Penceramah ok..
Mmg 99% dapat apa yang disampai...
Tak membosankan..
Slot 3, ada latihan..
dan saya dapat menyiapkan
latihan tersebut dengan jayanya...
Siap boleh ajar orang lagi...
He.. He... Berlagaklah pulak....
Lepas kursus hari ni
rasa semangat sangat
nak uruskan SPBT dengan lebih baik lagi..
Target 3 tahun lagi,
Pengurusan SPBT SKCC akan
CEMERLANG...
Insya ALLAH...
So, Kak Yati,
Bagi I pegang SPBT lgi 3 tahun ek....
Nur Kasih : Harap2 semangat yang berkobar2 sampai ke tahun 2010.
Posted by Nur Kasih at 8:31 PM 0 comments