Hari ni pagi2 lagi dah
berkumpul di Dewan Serbaguna Segamat
Untuk meraikan graduan kecil
Pelajar 6 Tahun Tadika Ar Raudhah Daerah Segamat
Majlis tersebut sungguh meriah....
Selepas bacaan doa
Ucapan daripada YDP ABIM daerah Segamat
dan diikuti dengan perasmian oleh
YDP ABIM Negeri Johor....
Kemudian ibu bapadihidangkan dengan persembahan anak2 kecil
dari 6 buah Taski daerah Segamat
Seronok bila tengok Hani di pentas
Dia bercerita tentang cita-citanya
menjadi seorang doktor...
Bimbang jg dia gemuruh
bila tengok ramai orang di dewan
takut tak terkeluar suaranya....
Tp ok la...
Dia boleh bercerita dengan
berani, berkeyakinan dan bergaya....
cutenya bila dia di atas pentas
dengan pakaian doktor....
Selepas penyampaian sijil
majlis diakhiri dengan alunan
bacaan Asmaul Husna oleh
Pelajar2 Taski dan tetamu di dewan...
Kemudian makan tengah hari
dan bersurai.....
Tengok la gambar2 Hani kat bawah ni:
Sedang bercerita tentang cita-citanya.
Menunggu giliran untuk menerima sijil
0 comments:
Post a Comment