Saturday, November 21, 2009

Minggu Akhir Persekolahan

16 hingga 20 November 2009
merupakan minggu terakhir perseolahan.
Minggu ni memang sibuk sangat
dengan persiapan Hari Anugerah,
Jamuan Tahun 6 dan
mengemaskini fail,
Sijil berhenti sekolah utk murid Th. 6
dan keputusan UPSR 2009.
Dah lama tak update blog...
So, kat bawah ni dituliskan
aktiviti sepanjang minggu tersebut....

16 November 2009
Hari ni cuma ada raptai hari anugerah.
Raptai ni diadakan agar majlis berjalan dengan
lancar, tiada sebarang masalah yang akan timbul nanti.
Banyak komen2 dari guru2 yang
berpengalaman menjadikan majlis tersebut meriah...

17 November 2009
Setelah penambahbaikan dibuat,
sekali lagi raptai dijalankan.
Kali ini diadakan dengan disaksikan
oleh Puan Guru Besar.
Banyak juga komen2yang diberikan....
Selepas rehat pula,
Jamuan murid2 Tahun 6
Semua guru hadir meraikannya...
Mewah sungguh coz banyak sponsor,
Cikgu Fatimah sumbang RM50,
500 cucuk sate yang mana 200 cucuk
disponsor oleh mak Syakirah,
Mee goreng dan salad buah2an
mak Syahrifah sponsor,
Air dan puding guru kelas sponsor,
Puding jagung mak Aida Amani sponsor,
Ayam goreng ayah Eliesya sponsor....
Seronok dan meriah....
Thanks Kak Wati sbb tlg buat persiapan.

18 November 2009
Hari berlangsungnya
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...
Tahniah kepada yang berjaya
Esply kepada puteri saya,
Ili Hanis Farhana bt Mohd Masrul
yang menerima hadiah
Pelajar cemerlang Tahun 1,
Hadiah mata pelajaran
Bahasa Melayu Pemahaman, Penulisan,
Mathematics dan Agama...
Tahniah juga buat Gan Mee San
atas kejayaan menjadi Tokoh Murid SKCC 2009
dan Tiffany Teoh Xin Xian sebagai
Murid cemerlang Ko Kurikulum 2009.

19 Oktober 2009
Hari yang mendebarkan..
Keputusan UPSR diumumkan.
Tahniah kepada semua guru kerana
kejayaan yang dicapai.
Peratus sekolah meningkat....
Begitu juga mata pelajaran...
Tahniah kepada 3 orang murid yang mendapat 5A
iaitu Gan Mee San, Rachel Chin Yi Qian dan
Tay Pei Zei...
Khirubashini dan Tiffany 4A1B.
Nur Farhah Amrah Hisham,
Nur Izazi Haziqah Zawawi,
Azeera Fazreena Aminuddin,
Nur Syakirah Saharizan,
Beverly Woon Ching Wern
dengan keputusan 3A2B....

20 November 2009
Hari Jumaat yang meletihkan...
Sibuk menguruskan murid tahun 6
yang akan ke sekolah menengah,
dan mengemaskan bilik guru...
Buat persiapan banjir
dan mengemas kelas
Bila loceng balik berbunyi
Perpisahan pun menjelma
Wa..................... sedihnya....

Nur Kasih : Dalam cuti macam2 perkara nak dibuat....

2 comments:

PENA KASIH said...

Dalam cuti jangan lupa untuk fikirkan program panitia for next year.Tahniah di atas peningkatan keputusan Matematik dalam peperiksaan UPSR.Percaya di atas kebolehan seseorang dalam usaha untuk meningkatkan peratus mata pelajaran masing-masing.

sumandakselatan said...

ble nak bersuka ria bersama keluarga di BP?